Jumat, 27 Februari 2009

Seindah Mawar Berduri.......





Seindah Mawar Berduri
Tumbuh mekar di taman larangan,
Sukar dipetik dan didekati
Dek kerana pagar berduri yang melindungi.

Perumpamaan muslimah sejati,
Sentiasa menjaga iman dan diri,
Biarpun menjadi rebutan,
Namun tidak sesekali akan melayan.
Iman dan Taqwa menjadi peringatan
Agar diri tidak dilanda gelombang yang melalaikan.

Seindah Mawar Berduri,
Kembang mekar dengan megah,
Sentiasa dijaga rapi,
Agar tidak dihinggapi kumbang yang mengganas.
Dibajai dengan zat yang tinggi
Lalu tumbuh menjadi Mawar yang berkualiti

Begitu juga muslimah Sejati,
Menjadi impian setiap lelaki,
Perhiasan diri hanya untuk suami,
Dirinya diisi dengan kefahaman agama yang tinggi,
Ditampung dengan tawadhuk merendah diri,
Menjadikanya pilihan hati.

Seindah Mawar berduri,
Menghasilkan benih yang berkualiti,
Dijaga rapi dan teliti,
Agar kelak tumbuh,
Mawar Merah Yang berduri
Dan berkualiti tinggi...

Sehebat Muslimah sejati,
Perhiasan terbaik untuk lelaki bergelar suami,
Daripadanya lahir zuriat yang mulia,
Bakal mewarisi kehebatan perwira solehah,
Mujahidah dan musyahidah di jalan Allah....

Seindah Mawar berduri,
Yang amat menarik hati,
Begitulah Muslimah Sejati
Sentiasa dititipkan di dalam doa kepada Illahi....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar