Selasa, 17 Februari 2009

Sucinya Sebuah Cinta




Suara hati,getarnya adalah rasaku, menguji diri antara realita dan ilusi, antara membina imaginasi atau sekadar mimpi, yang mana satukah mampu kumiliki, kerana di hati ini ada dirimu…..

Suara hati terus berbicara, menggetar nalurimu, membisikkan kata-kata indah. Samakin cuba melupakannya, semakin ia membayang jelas. Itulah cinta. Sesuatu yang indah untuk dirasa, namun datangnya bersama derita…

Cinta suatu nikmat, maka nikmatilah cinta dan jangan tangisi ia. Cinta untuk di miliki bukan untuk di tangisi. Apabila anda menangis disebabkan cinta, maka tinggalkanlah cinta itu. Cinta tidak harus lahir bersama air mata sepatutnya terbentuk bersama hilai tawa, ceria dan gembira..

Berkuasanya cinta dan perasaan akan kekal abadi biar perpisahan akhirnya terjadi. Usah disuburkan rasa yang bila ia berputik dan berbunga, kaharumannya menjadi racun yang akan memusnahkan diri sendiri dan orang lain, bisanya takkan terluntur hanya dengan sesalan air mata, namun kekadang rasa itu tak tersingkir meskipun ia amat menyakitkan…..

Kemurnian hati hanya kita yang menilainya kerana hati kita milik kita…

Yang tertulis di hati adalah namamu…

Yang terlukis di mata senyumanmu..

Yang bergema tiap waktu suaramu..

Yang tak pernah hilang rinduku padamu…

Yang diingatan hanya dirimu…

Yang terlerai adalah rindu…

Yang terluka adalah perasaan..

Yang terpadam hanyalah memori kerana yang tertinggal hanyalah sekeping hati yang telah merah berdarah….

Realiti sebuah janji yang terungkai satu demi satu…

Cinta, ia bahasa yang sukar dimengerti, namun ia wujud dalam setiap yang menghargainya….

Bercintalah untuk menikmati luhurnya kasih sayang dan merasaikan kewujudan TUHAN…..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar